EXCHANGE LINK

hye kawan-kawan.. jom exchange link.. untuk menambah kenalan, bertukar cerita dan ilmu.. i'll follow you back..

16 June 2016

Majlis Pernikahan hanya RM 7xxx

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku rasa terpanggil untuk menulis blog berkaitan kos majlis pernikahan aku bulan lepas, lepas aku terbaca satu tajuk nie pasal kos kahwin dia RM 5,253.00. So, im trying to calculate back how much my solemnization cost.. so, lets check it out.. ^_^

Before that, thanx a lot pada kengkawan yang datang majlis aku.. pada yang tak dapat jemputan, minta maaf ye. In shaa Allah, belah lelaki nanti aku jemput.. okay.. ^_^


Setiap pasangan yang ingin berumahtangga mesti nak majlis yang grand, mewah, 3 hari 3 malam, bersalin-salin baju, berdulang-dulang hantaran, pelamin 3 panel dan macam-macam.. sama gak macam aku.. sebelum nie, macam-macam dalam list wedding aku.. nak macam tu, nak macam nie.. nk ade tu, nk ade nie.. but now, aku buat mana yang perlu dan berkemampuan je..

1. Set Baju L/P Nikah- RM 620.00

Untuk baju pengantin / baju nikah, aku memang prefer untuk beli sendiri.. actually aku nak yang bercolor, tapi last-last putih jadi pilihan.. hahaha ku turutkan saja.. 

Baju melayu Lelaki -RM 250.00
** complete dengan songkok baldu, butang baju, sampin songket, brooch songkok.

Baju Perempuan - RM 270.00

Veil & shawl - RM 100.00
**veil nie kos aku beli manik, kain veil, dokoh patch. made by myself ^_^

Heels - officemate sponsor hehehe


2. Pelamin - RM 350.00 


Pelamin by FB: Buaian Berondoi PaMa (<----Klik untuk ke link FB)

Pelamin nie totally memang aku suka sangat..oleh kerana baju aku putih, dats why aku pilih pelamin yang background die bercolor.. law pilih yang putih gak, tenggelam la aku kang.. membe-membe yang datang semua meriah baju hahhaha.. aku boleh dapat pelamin yang harga lagi rendah dari nie tp sebab 2bulan je persiapan aku, so kebanyakkan semua da fully booked.. but its okay.. still under bajet lagi.. next post aku kongsi pelamin yang bajet cantik punya..


3. Photographer - RM 500.00


Photographer by Muhammad Izzat Pictures (<----Klik untuk ke link IG)

Untuk photographer nie aku amek pakej shoot and burn je.. lagipun ada yang die edit.. lepas majlis die offer buat album.. diskaun RM50 daripada harga biasa, so aku grab la offer tu.. hehehe.. terima kasih wahai photographer.. gambar siap seminggu - 2 minggu lepas majlis..


4. Goodies Bag - RM 910.00


a. Mineral botol 10 kotak - RM 80.00
b. Goodies bag 500pcs - RM 150.00
c. Mini Pizza 400pcs - RM 280.00
d. Muffin 400pcs - RM 400.00
e. Bunga telur - officemate sponsor


5. Inai dan Henna - RM 35.00


Inai by Jari Cantik (<----Klik untuk link ke FB)

Untuk inai kat jari, aku guna inai nie. Beli online je.. harga pown murah dan yang penting color dia sangat OHSEM..!!! satu bekas tu boleh tahan 3 4 bulan.. for those yang majlis jarak xjauh, ok la kan.. bau die pown memang best.. bau inai pokok.. cara nak guna pown senang.. masa aku beli nga offer.. satu bekas nie RM 25.00 siap pos n free 1 inai kon.


Untuk henna pulak.. henna kon aku beli online gak.. klik --> ny_divergent untuk order inai kon.. lukisan henna lak, junior sekolah aku dulu yang tolong lukiskan.. sangat murah dan sangat ramah.. hahahahha 
Lukisan henna by Nisa.. FB Nur Khairunnisa Jamaluddin

**kebanyakkan semua lain-lain kan? hahahha yang penting color tu.. cantik..!!!


6. Set Bilik Tidur - RM 1,400.00

Set bilik tidur nie lak, suami aku yang g ushakan.. hahahah.. ade katil n tilam Queen, almari baju, meja solek, meja tepi katil, 2 bantal, 1 bantal peluk.. aku amek set color putih.. cantik.. katil lak jenis yang boleh bukak 2 bahagian.. senang la if nk pindah ke ape kan.. 


7. Make up - RM 270.00


Make up by : kak Suhara (<----Klik untuk link ke FB)

Suka sangat ngan mekap akak nie. before kawen ag da booked nk mekap dari akak nie.. dapat jugak akhirnya... hahahha siap free fresh bunga tangan lagi..


8. Jamuan Makan, Khemah - RM 3,140.00


Jamuan makan nie bajet untuk 400 orang.. sbb jemputan aku 400 orang je..

Makan 400 org + penanggah 4 org - RM 2,600.00
Khemah makan 3unit - RM 540.00

Katering nie sedap.. time nie pown ayah aku ade serve soft aiskrim.. tetamu yang datang kata makanan sedap.. Alhamdulillah.. ^_^

----------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah majlis pernikahan aku berjalan dengan lancar.. semua orang gembira.. aku yang paling gembira.. hahahah total kos perbelanjaan majlis aku RM 7,225.00.. cukup ngan hadiah wang tunai dari suami.. heheheh..

Zaman sekarang nie semua barang mahal.. mungkin if bukan zaman GST, bajet nie lagi rendah.. hahahhah tak sampai RM10K pown boleh kawen taw.. hahahahha.. if korang berkemampuan, buat la ikut kemampuan korang tu.. okay.. yang penting BERKAT..

gambar kawen? esok-esok la aku update lagi law rajin.. hahahhahaha

xoxo,
rabiatulainihashim

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya.Like Kalau Suka.♥

6 comments:

Dyla Adnan said...

Tahniah yunk...mungkin rujukan utk org yg belum kawen lagi nie...

Unknown said...

Tahniah atul...

Unknown said...

Tahniah atul...

kellz82 said...

Hebat dalam prkahwinan bukan pada mahalnya maharnya..grand majlisnya..tetapi keberkatan yg dikejar...in sya allah..berkekalan bersama hingga di syurga...آمين

Rabiatulaini Hashim said...

terima kasih semua

Unknown said...

Congrtz ...